August 29, 2010

Islam versus Jahiliyah Part1

Bismillah, dengan nama Allah...
"Ya, saya orang Islam. Saya solat jugak."
Ini jawapan biasa yang kita dengar dari kebanyakan munusia sekarang. Persoalannya:
"But, why u still do anything you like and you want though it isn't allow in Islam?"
Golongan ini mungkin menjawab,
"Hmmm, I just do it. Just do it! Nanti dah betul-betul insaf barulah bertaubat."
Islam dan jahiliyah adalah dua benda yang sangat bertentangan. Semua ideologi, cara hidup, hiburan, fenomena dan segala aspek kehidupan yang bukan Islamik, yang tidak dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah termasuk dalam jahiliyah.

So, apabila seseorang itu sudah bersyahadah:
"Aku bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah"
Sedarlah, bahawa anda sudah terikat dengan Allah. Anda sudah menyerah diri kepada Allah. Anda sudah terikat untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Anda tidak ada hak untuk mempersoalkan itu dan ini secara berlebih-lebihan. Boleh bertanya untuk tujuan kefahaman dalam beribadah kepada Allah S.W.T. bukan untuk mempertikaikan itu dan ini.

Sedarlah, anda sekarang adalah hamba kepada Robb seluruh alam. Selamanya kita ini hamba, tiada lebihnya kita daripada orang lain melainkan ketaqwaan kita.

Sedarlah, kita juga adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Allah telah pilih kita sebagai khalifah kerana kita sebaik-baik kejadian. Maka, saling menolonglah dan membantu hamba-hamba Allah yang lain untuk menggapai reda dan kasih sayang Allah.

Jahiliyah, terdapat 3 pengertian jahiliyah:
  1. Bodoh; tiada ilmu
  2. Memahami sesuatu secara salah; hanya menggunakan akal fikiran dan perasaan
  3. Melaksanakan sesuatu bukan pada tempatnya; contoh-rujukan utama bagi kita untuk menyelsaikan masalah ialah Al-Quran dan Hadis; tapi ada sesetengah golongan yg mengaku sbg Islam hanya nak guna either hadis shj ataupun al-Quran shj

Ciri-ciri Jahilyah Tulin (al-Mahdhah)
  • Keseluruhan sistem alam ini wujud dengan sendiri- everything is natural.
  • Alam semesta ini tidak bertuan. It's just happen naturally.
  • Manusia adal sejenis haiwan; ada kuasa untuk menggubal undang-undang (tak payah pakai Al-Quran dan hadis) untuk kepentinagan diri sendiri.
  • Jika manusia memerlukan petunjuk; manusia hendaklah merujuk undang-undang haiwan + alam semulajadi + pengalaman hidup.
"Haish, apa punya kelirulah..."

Jahiliyah ini asalnya dari Iblis laknatullah!
Dalam Surah al-Baqarah ayat 30, Allah dan perintahkan semua malaikat supaya sujud pada Adam a.s. Semua taat kecuali Iblis. Iblis ne rasa dia lagi power dari Adam sebab dia dari api, Adam a.s. dari tanah sahaja. Tengoklah.. betapa jahilnya Iblis ne! Dia tidak sedar kedudukan dia sebagai hamba Allah Yang Maha Besar with Greatest Power. Siapa diri dia, dia tak sedar. Dia tak sedar yang dia tue sama sahaja dengan malaikat-malaikat yang lain. Semua Allah S.W.T. yang cipta. Iblis telah bersumpah kepada Allah yang dia akan tarik ramai-ramai keturunan Adam untuk join dia masuk neraka! So, jahilyah yang ada dalam kehidupan kita sekarang semuanya dari Iblis laknatullah dan sekutu-sekutunya dibantu dengan nafsu yang dah disemai dan disuburkan dalam diri kita.

Kenapa ya, fenomena jahilyah ne tak berakhir lagi? Sampai bila eh?
Sampai kiamat pun takkan berakhir selagi Kalimah Toyyibah untuk tak digenggam erat oleh semua umat manusia.



♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

August 28, 2010

Aku bersaksi... [part 1]

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

credit: http://thinkplanact.wordpress.com



“Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan Aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah“

Begitulah sebuah lafaz teragung satu makhluk yang bernama manusia. Sebuah ikrar yang terpancar dari lafaz mulut. Pancaran hasil dari keyakinan yang jitu terhadap apa yang dilafazkan. Namun apakah kandungan lafaz ini? Hanya sekadar lafaz? Atau ia sebenarnya mengandungi sesuatu makna yang begitu besar di sisi Sang Maha Pencipta. Jika benar, maka apakah makna yg besar itu? Apakah sudah diri ini menggapai makna besar tersebut? Sama-sama kita check kembali…insyaAllah.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al Baqarah ayat 143,

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…“

Saudaraku, lafaz agung yang kita gelar ia sebagai Kalimah Syahadah itu membawa erti yg besar. Lihat perkataan syuhadaa’ yang Allah SWT gunakan pada ayat diatas. Bandingkan ia dengan perkataan ashhadu di dalam barisan Kalimah Syahadah. Kedua-duanya adalah dari kata akar yg sama, syahada yang terkandung di dalamnya maksud dia telah melihat dengan yakin akan apa yg dilihatnya itu adalah benar dan memahami erti sebenar apa yg dilihatnya. Itulah maksud syahada. Ashhadu adalah lafaz yg digunakan untuk diri kita mengakui yang kita menyaksikan sebuah kebenaran dan meyakininya. Manakala, syuhadaa’ adalah gelaran untuk mereka yang telah ashhadu tadi.

Maka fahamlah kita bahawa ayat 143 di atas adalah ayat yang Allah SWT tujukan kepada kita yang sudah bersyahadah ini, sepertimana ayat2 yang lain di dalam Al Quran.



Penyaksian kita akan hakikat bahawa, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, menjadikan kita berada di dalam posisi di tengah-tengah antara Rasulullah SAW dan umat manusia. Ingatkah kita akan suasana hari Akhirat? Hakim Mutlak adalah Allah ‘Azza wa Jal. Dipanggil setiap rasulNya ke hadapan untuk ditanya akan tugas mereka sebagai utusan Allah. Apakah sudah berjaya disampaikan dan diamalkan oleh umatnya? Pada ketika itu, untuk kita, Rasulullah SAW akan bersaksi ke atas kita bahawa risalah Allah SWT telah Rasulullah SAW sampaikan kepada umat baginda dan sudah tentu risalah tersebut terus tersebar hasil usaha para sahabat, tabi’en dan org2 Islam yang lain dari zaman ke zaman, hingga bersyahadahnya kita pada hari ini sebagai Muslim sekalipun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW yg tercinta. Namun, ayat diatas terus menyebutkan bahawa, bagi mereka yg sudah bersyahadah ini, mereka bakal dipanggil oleh Allah SWT untuk menjadi saksi ke atas sekalian manusia yang hidup pada zaman kita, tentang apakah risalah Tauhid yg dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kita dan kita mengimaninya, sudah kita sampaikan kepada manusia yang lain. Sedarlah…dan bayangkan…apa jawapan kita di hadapan Allah SWT nanti saat ditanya soalan ini?

Ingatlah Neraka menanti mereka yang ingkar dan lalai dalam hidupnya di dunia ini. Mereka2 yang lalai terhdap tanggungjawab yang dipikulkan ke atas pundak kita semua makhluk Allah yang diberi amanah sebagai ‘abid dan khalifah.

Itulah sebuah hakikat yang dilupakan oleh ramai orang yang mengaku beriman. Syukur kepada Allah SWT diberikan keimanan yang insyaAllah dengannya boleh mendapat SyurgaNya. Namun, dengan syarat sudah dilaksanakan amanah sebagai syuhadaa’ kepada sekalian manusia. Maka, tiada apa yang lebih jelas tentang wajibnya tugas menyampaikan Islam kepada orang lain itu.

“Aku seorang Muslim sebab aku dah bersyahadah!”.

Benar saudaraku, katamu benar. Maka bersaksilah bila kamu Muslim, bukanlah dengan engkau hanya mengetahui dan beramal dengan Rukun Islam yang 5 sahaja. Sedangkan Syahidah Pertama, Sumayyah, sendiri tidak mengetahuinya. Namun, srikandi Islam ini sudah pun syahid bertemu Allah SWT sebagai seorang yang berdakwah (da’ie). Bukankah dia juga syahid sebagai Muslim? Bukalah mata, bukalah hati…inilah erti terbesar menjadi seorang Muslim. Maaf kerana ini tidak diajar ketika kita di bangku sekolah. Mungkin musuh gentar luluh jikalau semua yang mengaku Muslim memahami akan hakikat ini. Namun, inilah hakikat sebanr seorang yang bersyahadah…maka benarkanlah penyaksian syahadahmu dengan berdakwah & menyampaikan Islam kepada orang lain.

Allah SWT berfirman kepada kita,

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (Al Quran 41:33)

Allah SWT berfirman lagi,

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ” (Quran 61:10-11)

(Rujukan: Syahadatul Haq oleh Syeikh Al Maududi)

August 24, 2010

ijlis bina nukmin saah

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

..... "Para Malaikat?" sahabat berkata.

Rasulullah bersabda "Mereka mulia dihadapan Allah
kerana mereka adalah pesuruh-pesuruh Allah
ada jg manusia yg mulia berbanding dirimu dihadapan Allah swt"

"Siapakah dia, Ya Rasulullah?
katakan kpd kami ya rasulallah
siapakah manusia itu ya Rasulallah?"

"Duhai sahabatku ,
manusia2 yg mulia seperti dirimu di hadapan Allah swt,
adalah umat-umatku yg hidup setelah aku wafat
mereka tidak pernah berjumpa denganku,
mereka tidak pernah mendengar suaraku,
mereka tidak pernah melihat wajahku,
tetapi mereka percaya dengan apa yg aku ajarkan,
mereka meyakini ajaranku
dan mereka selalu merindukn dan mencintaiku,
merekalah org2 yg mulia di hadapan Allah"

Bayangkn dan renungkan
Bayangkn kemuliaan dirimu dihadapan Allah swt

Bayangkan agar engkau mampu merasakan cinta Rasululah pada dirimu

Agar kita mampu merasai cinta Nabi Muhammad pada diri kita


Bayangkan dirimu disaat-saat masa
disaat2 akhir kehidupan baginda Nabi Muhammad saw.

Selepas Nabi Muhammad saw melaksanakna haji wida',
Baginda jatuh sakit,

Hari bertambah hari, sakitnya semakin tenat,
tubuhnya semakin lemah,
Dikisahkan ketika baginda jatuh sakit,
Fatimah purteri baginda mendengar pintu yang diketuk.
Dia berjalan utk membuka pintu itu,
dan dia berjumpa dengan lelaki yg tidak pernah dilihat sebelumnya
dia bertanya:"utk apa engkau datang ke sini?"

"Aku datang ke sini untuk berjumpa dgn Ayahmu"

"Ayahkku sedang sakit hari ini,
ayahku tidak dapat berjumpa denganmu
maka kembalilah pada lain masa"

Fatimah tutup pintu rumahnya dan meninggalkan lelaki itu

Nabi Muhd bertanya, "Duhai Fatimah, siapakah dia wahai fatimah?"

"Aku tidak mengenalnya ayah, Baru pertama kali ini aku menatap wajahnya"

"Duhai puteriku ketahuilah bahawa dialah yg menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yg memisahkan kehidupan dunia,
dialah malaikatul maut.."

Meledak tangisan Fatimah mendengar penjelasan Nabi Muhammad saw
Malaikatul maut pun semakin mendekat ke arah baginda Nabi Muhammad saw

Kemudian Nabi Muhammad saw pun bertanya:
"Di mana Malaikat Jibril?
Kenapa jibril tidak datang bersamamu?"

Maka dipanggilah Jibril yang sebelumnya telah menunggu Nabi Muhammad saw di pintu langit

Nabi Muhammad saw bertanya pada malaikat Jibril,"Wahai Jibril, ceritakan apa hakku di hadapan Allah swt kelak?"

"Jangan kau bimbang wahai kekasih Allah, pintu langit telah terbuka luas untukmu
para malaikat telah menunggu kehadiran rohmu,
pintu syurga terbuka dengan lebar untukmu duhai kekasih Allah swt"

Tetapi masih terlihat kecemasan di wajah Nabi Muhammad saw

"Wahai Jibril, bagaimana nasib umatku sepeninggalanku kelak?"

"Duhai kekasih Allah", jawab Jibril. "Jangan engaku bimbang duhai kekasih Allah swt,
Aku mendengar Allah yg berfirman, 'Aku haramkan syurga untuk sesiapa pun sebelum umat Nabi Muhammad saw memasukinya'"

Kemudian saat-saat wafat Nabi Muhammad saw telah semakin dekat.
Malaikat Maut telah bersedia mencabut roh Nabi Muhammad keluar meninggalkan jasadnya.

Nabi Muhammad yang bersimbah peluh tubuhnya,
Fatimah memejamkan matanya
Jibril memalingkan wajahnya

"Duhai Jibril", tanya Nabi Muhammad "Jijikkah engkau melihatku wahai jibril sehingga engkau memalingkan wajahmu?"

"Duhai kekasih Allah, siapa yg mampu menanggung?, Siapa yg mampu melihat kekasih Allah dijempu ajal?"

Tubuh Nabi Muhammad bergetar, wajahnya sudah begitu pucat, bibirnya sudah mulai biru.

Nabi Muhammad berkata "Ya Allah, berat sungguh sakit sakaratul maut ini Ya Allah, mohon kau timpakan semuanya padaku Ya

Allah, tapi jangan kau timpakan kepada umat-umatku Ya Allah,"

Nabi muhd menggerakkan bibirnya, seakan-akan Nabi Muhammad ingin mengatakn sesuatu

Aisyah mendekat ke arah bibir nabi muhd,

Terdengarlah Nabi Muhammad saw yang berkata dengan lemah, berbisik, "ummati,...umati..., umatku, umatku.."
"bagaimana nasib umatku?
la ilaha illallah
ila raiqil 'ala"

Kemudian.. Nabi Muhd memejamkan matanya,
merapatkan bibirnya,
dan menghembuskan nafas terakhirnya...

innalillahi wa inna ilaihi rajiun

Nabi Muhammad saw, kekasih Allah, dan kekasih hambanya, telah wafat, dan kembali kepada Allah swt...

August 23, 2010

Tombo Ati?

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

Anda dengar nasyid yang didendangkan di blog ini? Tenang bukan? Tetapi ingat, ketenangan juga datangnya dari hati. Maka, adakah hati kita sudah bersih?

Benarlah sabda baginda nabi SAW.

Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik ia, maka baiklah seluruh anggota. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. ketahuilah ia adalah hati.


Jadi bagaimana ingin menjaga hati? Susah laaa... dah la tak nampak, bukannye boleh amik sabun cuci dan berus untuk basuh sampai bersih. Bukannye boleh amik bleach, pastu tuang sampai putih...

Tapi, sekiranya, Allah swt yg kurniakan hati kepada kita, mesti ada cara untuk menjaganya bukan?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.




haaa... ini jawapannya. bukan hanya ada satu, atau dua cara untuk membersihkan hati, tapi LIMA! Yang insyAllah, semua dari kita boleh melakukannya.

Begitu juga bagi seorang daie... ha? Ape itu daie?

Perlu ditekankan, semua manusia yang melafazkan kalimah syahadah adalah daie,bukan hanya tertakluk kepada yang bergelar ustaz. Seorang daie yang beriman, akan mempunyai keajaiban yang memancar dari dirinya. Terutama sekali dari segi perbuatan dan juga amalan.

Apabila seorang daie yang beriman berkhutbah mahupun berbicara, akan terlihat pancaran iman dari binar-binar matanya. Raut muka yang ikhlas, jujur dalan kelembutan suara dan juga mempunyai usaha yang mampu mengetuk hati dan menerangi kegelapan jiwa.

Hal ini diibaratkan seperti air bersih yang dingin untuk menghilangkan rasa dahaga. dan seperti cahaya yang menerangi seluruh penjuru.

Dari segi amalan dan tingkah lakunya, seorang daie yang beriman akan berusaha untuk membimbing manusia ke jalan yang benar supaya merek ajuga akan dikategorikan sebagai seorang daie yang beriman. Hidayah yang diperoleh berupaya untuk membantu manusia mendapat petunjuk, Peringatannya dapan menjadikan orang yang sesat kepada orang yang sedar dan orang yang membuat maksiat menjadi taubat...

Nasihat seorang daie juga akan membimbing hati manusia menjadi lunak dan mata untuk menitiskan air mata. Tidak lupa juga dakwah yang dilakukan oleh daie akan membuat manusia terbuka hati dan menyambut seruannya..

Wah... banyaknye ciri2 daie! mcm susah je...

oleh kerana itu, bermulalah segala-galanya, dari hati... ubatilah hati anda, renovatelah hati anda dan bersihkanlah hati anda... insyAllah... anda bisa menjadi daie beriman! :)

Peta Hidup Aku, Awak dan Kamu

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi



Adakah kita semua bersedia untuk fasa yang seterusnya?

Aku Pohon Cinta?

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

SubhanAllah, sehingga Rasulullah saw juga memuji Nabi Daud a.s sebagai manusia yang sentiasa mendambakan cinta kepada Allah swt dan hanya mengharapkan cinta Allah swt melebihi cinta lain.



Mari kita lihat dengan lebih detail.

Part 1: Memohon cinta Allah swt

Sememangnya dalam doa kita pun, mesti ada adab-adabnya, kerana kita ingin meminta sesuatu daripada Tuhan kita. Maka, mestilah dengan cara yang lembut:
1) Membaca bismillah dan memuji Allah swt
2) Berselawat keatas Rasulullah saw
3) Memohon keampunan akan dosa-dosa yang kita lakukan
4) Permintaan kita

Makanya, jika dilihat dalam doa Nabi Daud, baginda telah menyusun doanya dengan baik sekali. Baginda faham bahawasanya tiada satu cinta pun yang patut diutamakan dan diharapkan kecuali cinta Allah swt.
Baginda tidak peduli jika tidak memiliki cinta manusia, namun baginda berjaya untuk peroleh cinta Allah swt. Sebabnya adalah suci, apabila kita mencintai Allah swt, maka segal apa yang ada di langit dan di bumi ini juga akan mencintainya, kerana Allah swt adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berbeza dengan cinta manusia. Ia tidak akan memberi sebarang jaminan cinta kepada Allah swt. Kerana itu, Nabi daud tidak menyebut cinta manusia di awal doa, tetapi menyebut cinta kepada Allah swt yang menjadi keutamaan.

Dari Nabi Muhammad saw bersabda
"Apabila Allah swt mencintai seseorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril
'Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah dia'
Maka Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit,
'Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka kalian cintailah dia'
Maka penghuni langit pun mencintainya. Kemudian ditanamkan cinta penghuni Bumi kepadanya"
- Bukhari: 5580 -



Makanya, sekiranya kita mencintai Allah swt, seluruh penghuni langit dan bumi akan mencitani dirimu...

Part 2: Memohon cinta orang-orang yang cinta kepada Allah

Mengapa Nabi Daud memohon cinta-cinta orang yang beriman? Ini adalah kerana Baginda mengetahui bahawasanya mereka-mereka yang beriman dengan keimanan yang sejati, sudah tentunya sangat layak untuk mendapatkan cinta daripada Allah swt.

Hal ini berkait rapat dengan sifat Al-Wala’ dan Al-Bara’. Al Wala’ bermaksud ‘Loyalty’ kepada Allah swt dan juga Rasulullah saw. Manakala Al-Bara’ pula adalah berlepas diri, dari kuffar dan juga munafiqun. Sudah tentu, apabila seseorang itu mempunyai Al-Wala’, segala amalan, badah, pekerjaan semuanya hanya bertujuan semata-mata kerana Allah swt, dan melaksanakan segala perintahNya, sementara menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh teladan untuk melakukan perintah-perintah tersebut dengan sempurna.

Kerana itu, pada bahagian ke-dua, Nabi Daud memohon doa untuk dipertemukan dan ingin bersama-sama dengan orang-orang ynag beriman dan juga mempunyai kecintaan kepada Allah swt.

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda
‘ Ruh-ruh manusia dicipta seperti prajurit berbaris. Maka, yang mana saling kenal antara satu sama lain, akan bersatu dan mana ynag ingkar antara satu sama lan, akan berpisah’”
-Muslim: 4733-

Part 3: Mohon ditunjukkan amalan-amalan yang dapat mendatangkan cinta Allah swt

Pernahkah terasa khuatir sekiranya perbuatan-perbuatan yang kita lakukan bias untuk mendatangkan kemurkaan Allah swt?
Atau pernahkah anda mempunyai niat yang baik untuk melakukan sesuatu, tetapi amalan tersebut dilakukan dengan ‘caca merba?’ Bolehkah kita berniat untuk solat, bertemu dengan Allah swt, tetapi solat kita hanya tonggang tonggek yang tidak member apa-apa kesan terhadap hati kita?
Kerana sebab-sebab inilah Nabi Daud a.s. memohon supa kekhuatiran ini dapat dihapuskan, dengan meminta ditunjukkan amalan-amalan kebaikan yang dapat mendatangkan cinta Allah swt.
Kerana itu, di dalam surah Al-Imran, ayat 146, yang terjemahannya:
“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. “
Dan antara orang-orang yang beramal dan mendapat cinta daripada Allah swt, ialah orang-orang yang bersabar


Part 4: Cinta Allah swt diutamakan

Nabi Daud a.s, sangat peduli dan sangat mengutamakan cinta Allah swt. Dan kerana itu, baginda memohon supaya cinta Allah yang didambakan tersebut dapat melebihi cintanya kepada keluarganya dan juga air yang dingin.

Mengapa keluarga?


Ini adalah kerana, kadang kala, akan ada waktu dimana kita terpaksa untuk membuat pilihan antara keluarga mahupun prinsip hidup(yaini prinsip hidup Islam). Maka yang mana harus dipilih dan ‘be given priority’? Kita terlalu sayang kepada keluarga kita, sehingga ke satu tahap dimana kita terpaksa meletakkan prinsip Islam atau perintah Allah swt di tempat yang ke-2. Bolehkah begitu? Sanggupkah kita mengingkari Tuhan yang telah menciptakan kita, dan juga ahli keluarga kita?

Kerana itu, Nabi Daud a.s. telah meminta untuk menjadikan hatinya untuk sentiasa mendahulukan dan mengutamakan cinta yang hakiki kepada Allah swt, melebihi ahli keluarganya sendiri.

Tetapi, mengapa pula Air Dingin? Mengapa tidak harta, kuasa atau kekayaan?



Pernahkah anda berada di kawasan padang pasir yang terik? Atau pernahkah bilik anda terasa bahang seperti berada di dalam ketuhar oven? Atau pernahkah anda berdiri di tengah-tengah padang / jalan tar, pada waktu tengah hari yang panas, dimana matahari sedang tegak di atas kepala? Apakah kehendak anda pada waktu itu? Dahaga bukan?
Air yang dingin adalah salah satu nikmat dunia yang sangat indah dan menggoda. Tidak kiralah pangkat ataupun harta, sudah semestinya anda akan menikmati kelazatan air yang dingin bukan?

Ada diantara manusia yang bias mengorbankan prinsip hidupnya asalakan bukan kelazatan hidup di dunia, kerana telah tertanam di dalam hatinya sifat wahnu (takut mati, dan cintakan dunia).

Namun, Nabi Daud a.s. sudah pasti tidak mahu perkara sebegini terjadi, maka baginda sanggup untuk mengorbankan segala-galanya, asalkan bukan mengorbankan cinta kepada Allah swt.

Seperti yang telah Allah swt beritahu di dalam Al-Quran, surah At-Taubah: 24, yang bermaksud:
“ Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. “




Wallahu ‘alam, makanya, mari kita semua tepuk dada, tanya iman. Setakat manakah keimanan dan kecintaan kita kepada Allah swt?

August 17, 2010

tenang

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

...bismillahirrahmanirrahim...

subhanAllah, wal hamdulillah, Allahu akbar

tenang? Ada apakah dengan ketenangan?
tenang disaat subuh yang nyaman,
tenang disaat angin sepoi-sepoi bahasa,
tenang disaat anda keseorangan?,
atau tenang disaat burung-burung berzikir dipagi hari, membuka tirai hari yang baru...



namun, terdapat satu ketenangan yang nyata:

Surah Ar-R'ad ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”

and The nature are the signs of the most Magnificent Allah, the creator of all things, and the signs for those who missed to meet Him =)... subhanAllah...

Ramadhan Mubarak yeorobun~

August 14, 2010

Demi Masa





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Demi masa!
Sesungguhnya semua manusia berada dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan
berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.