November 24, 2010

Surah Al Ikhlas


Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!

  • Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, Wajiblah. Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
    • Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
    • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
    • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."



    ♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

    November 4, 2010

    Ledakan!

    Saya rasa sangat bersalah kerana mengabaikan Mengejar Cahaya buat beberapa lama. Setelah mendengar tazkirah tentang istiqamah dalam ibadah umum baru saya tersedar bahawa ini adalah salah satu saluran yg saya patut fully utilize untuk menyebarkan keindahan Islam. Okeh, malam ne kita share pasal Surah al-Qariah, Surah 101 Makiyyah.




    Al Qariah sendiri bermaksud ledakan yg menggemparkan dan menggentarkan hati dgn peristiwa2 yg dahsyat. Secara keseluruhannya, Surah ini menceritakan hakikat sebenar ttg Hari Qiamat, oeristiwa-peristiwa yg berlaku dan kesudahan bagi manusia. Allah SWT juga menjelaskan ttg gambaran pemandangan pada hari Qiamat yang tersangatlah and extremely huru-hara da kemusnahan yg berlaku pd manusia dan gunung-ganang.

    4. Pada hari itu, manusia yg sangat ramai diibaratkan seperti kelkatu yg berkeliaran.
    Pada hari itu umat manusia kelihatan seolah-olah makhluk2 yg amat kecil walaupun mereka tersangatlah ramai. Manusia diibaratkan sebagai kelkatu kerana manusia pd masa itu tidak tentu arah seperti kelkatu yg bersimpang siur menuju kebinasaan. Kelkatu terbang tanpa arah dan tanpa matlamat.

    5. Dan gunung-ganang (berterbangan) seperti bulu-bulu yg dibusarkan.


    Pada hari itu juga, gunung-ganang yg menjadi pasak bumi, yg berdiri kukuh dan teguh dengan izin Allah SWT akan seperti bulu-bulu yg dibusarkan. Boleh tak anda bygkan keadaan ini? Kalau bulu-bulu yg dibusarkan memanglah nice pemandangannya. Nampak mcm salji yg turun..
    Tapi kalau gunung yg mencecah awan tue berterbangan, tak dapat saya bygkan. It's horror. Kalau gunung berapi meletus pun kita dah ngeri tgk dalam berita. Itu dia hanya meletus statik kat tempat letaknya. Ini waktu hari Qiamat gunung-ganang berterbangan like bulu-bulu yg ringan. Haish, I cannot imagine how horrible this situation. Dahsyat!!! (Let's us istghfar and pray to Allah that we r not gonna face this situation.)

    Allah juga berjanji dalam ayat 6 hingga 11:

    6. Barangsiapa yg berat timbangan amalannya.
    7. Maka ia (akan ditempatkan) dalam kehidupan yg senang-lenang di Syurga.
    8. Dan barang siapa yg ringan timbangan amalannya.
    9. Maka tempat kembalinya ialah Neraka Hawiyah.
    10. Dan tahukan engkau apakah Neraka Hawiyah itu?
    11. Itulah neraka yg amat panas.
    Basically, yg berat timbalan amalannya menurut pertimbangan dan penilaian Allah SWT, SYURGALAH tempat kembalinya. Sebaliknya, jika ringan amalannya menurut penilaian dan pertimbangan Allah SWT, maka neraka HAWIYAH lah yg mengalu-alukan kepulangannya. Dan ketahuilah bila Allah SWT berfirman yg neraka Hawiyah ialah neraka yg amat PANAS berimanlah dgn sesungguhnya bahawa ini adalah peringatan Allah SWT supaya kita menambah-nambahkan lagi amalan kita setiap denyut nadi dan helaan nafas kita. Sebabnya, kita tak tahu amalan kita yg mn yang akan bernilai dan dihargai Allah SWT. So, kita kena cuba sehabis baik untuk beribdah deabak punya semata-mata untuk mengejat rahmat dan keampunan Allah SWT.

    Maka bersabarlah untuk melaksanakan ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang kafir diantara mereka. (Surah al-Insaan, 76:24)

    p/s aku berserah padaMu Allah, Kau sebaik-baik tempat bergantung.

    ♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi