December 8, 2011

Dia Yang Maha Esa


[kredit]


Ilahi, rabbi,
Wahai Allah,
Raja,
Pemilik langit dan bumi ,
Katakan tiada Ilah selain Dia,
Aku bersaksi,
Atas segala yang Kau cipta,
Pada langit biru tanpa tiang,
Pada awan yang mengandungkan air,
Lagi,
Pada angin yang bertiup,
Atas perintahMu tentunya,
Pada rahmat hujan yang turun,
Membasahi bumi kering kontang,
Subur cemerlang,
Membajai hati yang gersang,
Bercahaya gemilang,
Pada tumbuhan, binatang,
Menjalar, berjalan atas bumi hijau,
Indah nian,
Pada sungai yang mengalir,
Pada mata air yang terpancar,
Pada manusia yang hidup,
Semuanya patuh padaMu,
Taat rela atau paksa,
Kecuali mereka,
Kerna bisu, pekak dan buta,
Butanya mata hati,
 Tak bisa melihat ,
Tanda-tanda kewujudanMu,
Pekaknya mata hati ,
Tak bisa mendengar,
 Suara alam mengagungkanMu,
Bisunya mata hati,
Tak bisa menjawab,
Mengapa alam ini tercipta,
Kenapa dirinya dicipta,
Begitu indah, bersistem sempurna?
Wahai,
Yang dipanggil insan,
Renungi jauh ke dalam dirimu,
Di mana letaknya Allah dalam hidupmu?
Di mana letaknya Dia, Tuhan penciptamu?
Dimana? Dimana?
Kerna jawaban itu…
Bagaimana posisimu di sisiNya jua,
Lihatlah, dengarkanlah dan rasailah,
Alam bertasbih mensucikan Dia,
Kicauan burung-burung,
Deburan ombak,
Gemersik angin,
Mereka makhluk yang taat tanpa lelah,
Bagaimana kita manusia?
Makhluk terbaik dicipta di dunia?
Wahai,
Esakanlah Dia!
-sizash, 3 Disember 2011


♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

November 15, 2011

psstt..psstt.. gotta tell you something


[warning] this post is super long... please be patient and take your time to read it ^.^, May Allah bless us all ^.^,





عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

Yang bermaksud: Dari Tamim ad-dari bahwa Nabi SAW bersabda:” ad-Din adalah nasihat”. Kami berkata untuk siapa? Rasul menjawab:” Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, untuk pemimpin Islam dan umatnya” (HR Muslim, Abu Dawud dan an-Nasai’i)

Hadith ini terdapat dalam himpunan 4- hadith Imam An-Nawawi. Maka, ia adalah hadith dari pokok-pokok Islam yang penting.
Beberapa ulama' berkata:
Al-Hafizh Abu Nu'aim: "Hadith ini merangkumi masalah yang besar"
Muhammad bin Aslam Ath-Thusi: "Hadith ini merupakan satu per empat bahagian dari agama"
Ibnu Rajab: "Fiqih berputar pada lima hadith... diantaranya hadith nasihat ini"
Mujhidin bin Al-Arabi: "Tidak ada kesempurnaan akhlak yang lebih terliti, dan agung melebihi nasihat"

Allah swt juga berfirman:

“Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Surah At-Taubah 91)

Rasulullah saw bersabda:
”Sesungguhnya ridha untukmu tiga hal, dan juga benci bagimu tiga hal: Ridha untukmu jika menyembahnya dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu, berpegang teguh pada tali Allah dan tidak berselisih, dan saling nasihat menasihati terhadap orang yang Allah beri kedudukan memerintah urusanmu. Dan Allah membenci, ungkapan katanya, banyak tanya dan menyia-nyiakan harta”
(HR Muslim).

Dari Jarir berkata:” saya membai’at Rasulullah SAW untuk menegakkan shalat, membayar zakat dan memberi nasihat pada setiap muslim.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Malahan, memberi nasihat merupakan amalan para Nabi.

Nabi Nuh:

"Nuh menjawab: “Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikitpun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam”. “Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui”
(Surah Al-A’raaf 61-62).

Nabi Hud pula:
 “Hai kaumku, tidak ada padaku kekurangan akal sedikitpun, tetapi aku ini adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu”
(Surah Al-A’raaf 67- 68).

Nabi Salleh pula bagaimana?:
Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat”
(Surah Al-A’raaf 79).

Tidak kurang juga Nabi Syu'aib:
Maka Syu`aib meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu. Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir?”
(Surah Al-A’raaf 93).

Jadi, apa significant nya kepada kita?

Begini, kita lihat dengan lebih mendalam lagi perihal ini.

Nasihat, uish, perkataan yang sering kali difahami sebagai perbuatan yang selalu dibuat oleh orang-orang yang baik jeee... tut tut tut (baca sambil menggelengkan kepala, tutup mata dan mulut muncung ke hadapan).

Nasihat ini, datangnya dari perkataan "nash" (bukan penyanyi tu, tapi bunyi lebih kurang ^.^), yang bererti halus, bersih dan murni. Yang antonimnya adalah: curah atau kotor. Jadi, jika dikatakan nasihat, ia bererti, ucapan yang dikeluarkan itu, harus jauh dari kecurangan atau pembohongan dan juga motivasi kotor. Dalam kata panjangnya, nasihat merupakan ungkapan-ungkapan kehendak untuk melakukan kebaikan kepada objek atau orang yang diberi nasihat itu.

Ibnu Shalah berkata: "Nasihat adalah kata-kata yang merangkumi perbuatan seseorang yang memberi nasihat kepada orang yang diberi nasihat dalam bentuk iradah dan perbuatan"

Ia juga disamakan seperti "al-rijalu nashaha tsaub"... (mak aih, arab lagi ^.^), yang bermaksud seorang lelaki yang menjahit bajunya/kainnya. Maka, orang yang memberi nasihat ini, adalah seolah-olah seperti orang-orang yang menjahid lubang-lubang yang terdapat pada bajunya yang koyak atau lopong. Kiranya, dia melakukan sesuatu yang baik pada kainnya, dan supaya dia juga bisa memakainya dengan baik dan sempurna.

Dalam hadith ini, terdapat beberapa bahagian nasihat ini diberi dan ditujukan.

1) Nasihat kepada Allah
Ini tidak bermakna nasihat tersebut diberikan kepada Allah swt, tetapi, ia beerti:

  • Mentauhidkan Allah dengan sifat Kamal dan Jalal
  • Menyucikan Allah swt dari segala kemusyrikan
  • Iklas kepada Allah swt dalam beramal
  • Menjauhi kemaksiatan 
  • Mentaati dan mencitaiNya
  • berjihad terhadap orang-orang yang mengingkariNya


2) Nasihat kepada Rasulullah saw
Seperti nasihat kepada Allah, dalam hal nasihat kepada Rasul, ialah:

  • Mengimani Rasulullah saw dan semua yang disampaikannya
  • Mencintai, menghormati dan menghidupkan sunnahnya
  • menyebarkan ilmunya
  • mencintai orang yang mencintainya
  • membenci dan memerangi orang yang membenci dan memeranginya
  • mencontohi akhlaqnya
  • mengikuti adabnya
  • mencintai keluarga dan sahabatnya


3) Nasihat kepada pemimpin umat islam
Bermakna:

  • membantunya dalam kebenaran dan mentaatinya
  • mengingatkan dan menyadarkan jika lalai dan salah dengan penuh kelembutan dan penghormatan
  • mendoakan untuk kebaikan pemimpin-pemimpin umat islam


4) Nasihat kepada umat islam adalah dengan:

  • mengaharkan mereka kepada islam dan membimbingnya
  • menututpu aib umat islam
  • mencintai mereka sebagaimana mencintai dirinya
  • membenci bagi mereka apa yang dibenci bagi dirinya dari keburukan 
  • mendoakan untuk mereka di dunia dan akhirat
  • menyingkarkan sesuatu yang membahayakan umat islam
  • mengutamakan yang fakir
  • mengajari yang belum mengetahui tentang islam
  • menyedarkan kesalahannya dengan penuh kelembutan
  • menolong mereka dalam kebaikan dan takwa


Jika melihat makna dan ruang lingkut nasihat maka semua orang amat memerlukan nasihat, baik menerima nasihat atu memberi nasihat. Kerana nasihat adalah perbuatan penyedaran atas kelalaian manusa dan penyempurnaat terhadap kekurangan-kekurangannya. Dan orang yang menolak nasihat dan marah apabila dinasihati, mereka adalah orang-orang yang tidak menginginkan kebaikan, tidak ingin maju, tertipu dan sombong. Dan salah satu bentuk nasihat yang harus diutamakan adalah memberi nasihat kepada orang yang memintanya.
Rasulullah saw bersabda:
" Jika salah seorang saudaramu meminta nasihat, maka, berilah nasihat dan mudahkanlah dalam memberi" (Hadith Riwayat Bukhari)

Nasihat adalah prinsip dasar dalam kehidupan umat islam, kerana kehidupan umat ini dibangunkan di atas dasar ukhuwwah islamiyyah dan tolong menolong antara satu sama lain. Maka nasihat adalah bentuk yang konkrit yang terhasil dari ukhuwwah dan sifat tolong menolong. Walaupun begitu, nasihat harus dilakukkan dengan penuh ikhlas, sesuai dengan makna nasihat tu. Malahan jika inginkan nasihat tersebut sampai kepada sasaran, ia harus disampaikan dengan cara yang terbaik, iaitu harus ada kelembutan dan kecintaan. Jika nasihat tersebut melibatkan keaiban diri yang akan menerima, maka penyampaiannya harus secara rahsia.

why? why? and why?!

bukan mudah ingin memberi nasihat. malah majoriti dari kita merasakan ianya sesuatu yang ingin dielakkan! "kalau aku duduk bawah tempurung lagi bagus", atau "a..la.. bia lah. dia mesti dah tau apa hukumnya, dan apa yang terbaik untuk dirinya. takkan lah tak tau. pfft" atau "ish..nk ckp ke tak eh.. ish.. nnt kalau dia terasa cam ne? ish...tp nnt kalau akau ditanya dengan Allah, aku nk jawab ape? ish..ish..ish..." adalah beberapa dilemma dan pemikiran yang sering bermain di minda kita betul tak?

Sebenarnya, nasihat merupakan aktiviti para nabi, seperti yang telah dinyatakan di ayat di-atas. Tidaklah perbuatan yang dilakukan oleh para Nabi kecuali, ia adalah perbuatan yang utama. Nasihat juga merupakan tiang Islam yang paling pokok sekali.
Abu Bakar Al-Muzani berkata: " Kelebihan Abu Bakar RA atas sahabat yang lain bukan pada saum dan solatnya, tetapi pada sesuatu yang ada pada hatinya, iaitu mencintai kerana Allah, dan memberi nasihat kepada makhluknya."
Ibnu Mubarak pernah ditanya:
"Amal apakah yang paling utama?"
Beliau menjawab: "Memberi nasihat kerana Allah"
Nah...betulkan?! Nasihat itu suatu perkara yang penting dalam pandangan Islam sehingga saling nasihat menasihati harus saling dibudayakan oleh umat Islam. Hal ini kerana, tiada seorang pun yang sempurna sehingga ketika kita melihat saudara kita lalai, maka kita wajib memberi nasihat padanya. Begitu juga yang sebaliknya.

Seperti yang dikatakan tadi, nasihat bukan sahaja untuk umat Islam, malahan pemimpin yang memimpin umat Islam juga termasuk dalam list penerima nasihat. Dalam sejarah, bisa kita lihat antara pemimpim-pemimpin umat yang menerima nasihat dengan baik. Malahan, mereka megucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi nasihat.

Umar Al-Khattab mengatakan: "Semoga Allah merahmati seseorang yang memberitahukan aibku".

Suatu hari, seseorang berkata kepada Umar: "Bertaqwalah engkau!"
Maka, mendengar ungkapa tersebut, yang lain yang berada di situ, mengherdik dan mengatakan: " Engkau mengatakan kepada Amirul Mukminin, bertaqwalah!"
Tetapi, Umar Al-Khattab mencegah dan berkata: "Tidak ada kebaikan padamu jika engkau tidak mengatakan ungkapan tersebut, dan tidak ada kebaikan bagi kami jika tidak mendengarkannya."

Hal yang sama berlaku di saat Umar ingin mengikut berperang melawan Persia, sebahagian sahabat melarang kerana penyertaannya dalam sesuatu peperangan akan memberi kesan yang buruk dan merbahaya terhadap umat Islam. Maka, Umar menerima nasihat tersebut.

Maka, terlihat bahawa nasihat merupakan prinsip dasar dalam kehidupan umat Islam kerana kehidupan kita dibangun atas dasar ukhuwwah Islamiyyah dan sikap saling tolong menolong. Maka nasihat adalah bentuk yang konkrit dari ukhuwah dan tolong menolong tersebut. Namun, dalam usaha memberi nasihat, ia haruslah dilakukan dengan niat yang iklas kerana Allah swt, tidak mencari populariti, kemahsyuran dan motivasi rendah yang lainnya. Ini adalah kerana nasihat adalah agama, dan dalam melaksanakan agama, hati kita harus ikhlas kerana Allah swt.


Dalam memberi nasihat juga, ia harus dilakukan dengan baik dan bijaksana. Nasihat bukanlah bertujuan membuka aib sesorang di hadapan umum, kerana nasihat adalah perbaikan tetapi membuka aib adalah satu kerosakan. Kerana itu, dalam memberi nasihat, ia harus dijauhkan dari perbuatan yang kasar dan keras. Semakin lembut nasihat tersebut diber, semakin mudah ia diterima ia diterima oleh hati. Sepertimana yang telah disebut dalam firman Allah swt:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”
(Surah Ali-Imran 159).

Diceritakan di masa kekuasaan Bani Abasiah, ada seorang lelaki yang memberi nasihat kepada al-Makmun, kemudian ia masuk istana dan memerintahkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar, tetapi dengan cara yang kasar. Maka berkata al-Ma’mun: ”Wahai saudaraku, sesungguhnya Allah telah mengutus orang yang lebih baik darimu kepada orang yang lebih jelek dariku. Allah mengutus Musa dan Harun as kepada Fir’aun dan Allah berfirman, artinya: ”Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”
(Surah Thaaha 44).

Begitulah nasihat yang seharusnya diberi dengan kata-kata yang baik sehingga ianya mudah untuk diterima dan dilaksanakan. Sedangkan ungkapan yang kasar akan menyakitkan dan menyebabkan permusuhan. Sifat orang yang beriman adalah memberi nasihat dan menutup aib sahabatnya, manakala sifat orang yang fasik akan membiarkan kesalahan temannya dan membuka aibnya.

Seseorang yang hari ini memberi nasihat, mungkin sahaja di hari esok akan mendapat nasihat, kerana nasihat tidak pernah terikat pada orang-orang tertentu dan pekerjaan tertentu. Dan nasihat diperlukan kerana manusia pada lazimnya memiliki karakterisktik yang sering melakukan kesalahan dan lupa. Sehingga ketika dia pada hari ini lupa atau salah, maka yang lain haru s mengingatkan. Begitu juga orang yang hari ini memberi nasihat, mungkin juga di hari esok, dia akan lupa atau salah sehingga harus dinasihati dan diingatkan.

Betapa pentingnya nasihat ini, sampai imam Asy-Syafi'ie berkata mengenai surah al-'Asr: "Jika saja Allah swt hanya menurunkan surah Al-'Asr, maka, sudah cukuplah suran ini sebagai pedoman untuk manusia."




Ketika Umar Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah, beliau menulis surat kepada imam Hassan Al-Basri, agar memberi nasihat dan menceritakan sifat-sifat pemimpin yang adil. Maka, Imam Hassan Al-Basri membalas suratnya yang berbunyi:
"Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah swt menjadikan pemimpin untuk:

  • meluruskan orang yang menyimpang
  • mengembalikan arah bagi yang berdosa
  • memperbaiki yang rosak
  • memberi kekuatan kepada yang lemah
  • menegakkan keadilan bagi yang zalim
  • menyedarkan yang lalai


Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, seperti penggembala yang penuh kasih sayang atas gembalaannya, yang mengiringnya ke tempat penggembalaan yang baik, menjauhkan dari bahaya yang mengancamnya, memeliharanya dari bintang yang buas, dan menjaganya dari panas terik dan hujan"

Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin seperti ayah yang bertanggungjawab. Lembut terhadap anaknya. BEkerja untuk anak-anaknya saat masih kecil, mengajarkan mereka dan mengurus keperluan hidupnya dan menabung untuk mereka setelah matinya.

Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, seperti ubu yang lembut terhadap anaknya, mengandung dan melahirkannya dengan susah payah, mengasuhnya ketika kecil, ikut berjaga ketika anaknya bangun malam, dan ikut tenang ketika anaknya tenang. Suatu saat menyusuinya, pada saat yang lain melepaskannya. Merasa senang dengan kesihatannya dan rasa berduka dengan sakitnya.

Pemimpin wahai Amirul Mukminin, seperti hati dengan anggota badan.Anggota badan akan baik jika hatinya baik dan anggota badan akan rosak jika hatinya rosak.

Pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin adalah orang yang berdiri di antara Allah dan hambaNya, mendengar firman Allah dan memperdengarkannya, mengenal Allah dan memperkenalkannya, dipimpin Allah dan memimpin mereka. Jangan sampai engkau wahai Amirul Mukminin, seperti hamba yang diberi amanah Allah ibarat budak yang diberi amanah oleh majuikannya tentang harta dan keluarga, kemudian menyia-nyiakan harta dan menghancurkan keluarga, membuat miskin anggota keluarga dan membuang harta benda.

Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya, Allah menurunkan hudud (hukuman) agar menyadarkan orang dari perbuatan kotor dan keji. Bagaimana jika hal itu dilakukan oleh orang yang mesti menegakkannya? Dan Allah menurunkan qisas sebagai jaminan kehidupan bagi hambaNya, bagaimana jika yang memimpin melakukan pembunuhan yang mesti menegakkan qisas kepada mereka?

Ingatlah wahai Amirul Mukminin akan kematian dan sesudahnya, sedikitnya temanmu dan pembelamu di sana. Maka engkau hendaklah mempersiapkan bekal untuk kematian dan kehidupan sesudahnya, iaitu di hari yang besar"

Sumber: dakwatuna(dot)com
as seen @ : hanifmarwa 


♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

November 2, 2011

kat luar ke...kat dalam?




Assalamualaikum wrm wbt,

semoga semua yang membaca post kali ini, dikurniakan Allah swt sebuah jannah yang tersergam indah di akhirat kelak. InsyAllah.

(izinkan saya bertutur dengan bahasa santai ye ^.^)

kalau kita lihat, memang ramai yang suka perkara-perkara yang cantik (yg perempuan selalu ckp yg cute2 ^.^). Muka yang cantik, tak nak yang jerawat-jerawat, apatah lagi yang hitam. Mesti nak yang putih gebu. Even lelaki pun sudah ada produk pencuci muka yang khas untuk mereka~.
Ramai juga yang mengimpikan body yang cantik, kalau boleh, yang slim-slim, yang berat badan below 50kg. Atau untuk lelaki, nak six pack punya body dan tangan berketak-ketak hehe... betul tak? betul tak?

Namun, berapa banyak dari kita yang sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah swt telah berikan kepada kita. Sudahkah kita bisa confirm-kan yang kita sudah dikategorikan dalam golongan orang-orang yang bersyukur? apatah lagi bertakwa? adakah wajah kita seindah hati kita? atau adakah peribadi kita secantik rupa paras kita? tidak semestinya bukan?

Namun, kadang kala, apa yang sentiasa dilihat, tidak seperti yang disangka. Oleh sebab itu, Allah swt mengajar kita untuk tidak bersangka buruk atau bersangka dengan sangkaan yang bukan-bukan terhadap orang lain:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah (al-Hujurat, ayat 12)

As a famous quote said: Naver judga a book by its cover.

Dan ini adalah benar. Kenapa Rasulullah saw sangat menyayangkan para sahabat, yang kadang kala, rupa parasnya tidaklah seberapa?

[kredit]


Ini adalah kerana, Rasulullah saw tidak pernah melihat akan luaran sahabat tersebut. Baginda melihat pada hati yang bersih yang para sahabat miliki. Oleh kerana mereka dicintai oleh Allah swt, Rasulullah saw juga mencintai mereka, seluruh penduduk langit mencintai mereka, dan seluruh penduduk bumi juga mencintai mereka.

Mari kita duduk sebentar dan mendengar sebuah cerita yang cukup sweet~ ^.^, :

Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuat. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.

Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!”
(Musnad Ahmad)

Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

Cerita ini boleh dibaca juga di sini. ^.^,
Semoga kita juga menjadi seorang hamba Allah swt yang cantik dan indah, pada luaran, apatah lagi dalaman & hati kita. Semoga kita juga menjadi salah seorang hamba Allah swt yang tersenarai di dalam senarai hamba-hamba Allah swt yang bertaqwa, dan sentiasa bersyukur. InysAllah...


♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

November 1, 2011

Peluklah Dia




Insan itu,
Terlihat wajahnya,
Dia sudah lama menanti,
Perhatian kita,
Seumur hidup ini,
Istimewanya dia di mata Sang Pencipta,
Kerna dia insan terpilih,
Hadir ke dunia bukan kebetulan,
Sudah suratan ketentuan,
Indahnya ciptaan terbaik Pencipta,
Insan itu,
Sentiasa ada yang memandang,
Tujahan lisan setajam pedang,
Tak  mengguris sihati berlian,
Lemah bukan alasan menolak cabaran,
Hujanan pujian seharum mawar berduri,
Segala puji-pujian bagi yang selayaknya dipuja,
Tiada nilai keduanya dimata Tuhan,
Kecuali iman asas kejayaan,
Insan itu,
Dia manusia biasa,
Punya rasa dan hati,
Bisa sedih bila ditimpa musibah,
Bisa tertawa bila gembira,
Namun kepada Tuhan dia kembali,
Sungguh dia Allah mendengar doa insan itu,
Allah itu dekat,

Insan itu,
Sayangilah dia,
Peluklah dia,
Kerna dia insan sangat dekat,
Insan itu tiada duanya,
Perginya tiada pengganti,
Berdirilah,
Tataplah dia,
Diri yang kau lihat bila berkaca,
Kaulah insan itu,
Hargailah dirimu,
Lindungi ia,
Didiklah ia,
Ajari ia,
Bahawa hidup ini,
Hanya untuk Allah.

-sizash, 31 Oktober 2011


♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

Eyes that See



When the eyes see,
What they dreaded to see,
The eyes rolled out,
Unmistakable truth revealed
Before the eyes
This hurt them
The mouth hanged open
For they can’t trust what they see
This is hard!
The reality is far from what they dreamed
Barely easy to swallow
Terror filled the heart
To go back to previous life
Time travelling?
That’s a fairy tale!
Standing there
Too numb to defend themselves
Giving up is the only choice
Nobody can escape that day
For the judge is the Lord
Every single moment of life
Either rewarded or punished
Oh dearest servants of Allah
It’s not too late to choose
The path to follow
Which place to settle?
In life. After life

-sizash, 1st november 2011


♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

October 23, 2011

iyyalah,untuk kebaikan itu, harus nekad!

Dengan nama Allah swt yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.



even anak kecil ni pun, nekad untuk berjaya. masakan kita enggak bisa? 
(hehe... after effect baca novel bahasa indonesia ^.^)


SubhanAllah, bila tengak balik tarikh terakhir post terbaru di-publish, memang sudah betul-betul bersawang blog kami ini. Minta maaf atas ketidak-istaqamah-an kami dalam berkongsi cahaya-cahaya yang kami rasai. InsyAllah, kami akan berusaha untuk terus beristiqamah dalam memberikan "sweet food for the soul" yang kami rasai dan lalui setiap minggu (insyAllah) dalam bulatan gembira ^.^,

Ok, sebenarnya, hanya sedikit yang ingin dikongsi dalam post kali ini... bukan kedekut ya, cuma insyAllah, akan berusaha untuk menulis post yang lebih panjang lagi jika diizinkan Allah swt ^.^, mohon doakan...  


Beberapa hari yang lalu, tergerak hati untuk menonton karya Habiburrahman El-Shirazy, yang telah diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Dalam Mihrab Cinta. Pernah dengar? atau pernah baca? ya, tidak seperti orang lain, yang membaca novelnya dulu, saya terus menonton movie nya ^.^, Dari situ, tergerak di hati untuk membaca novelnya, kerana yakin mesti ada mutiara-mutiara yang tertinggal yang tidak di-highlight di dalam movie tersebut. Tekaan saya tidak salah...

Jika terus saya lompat kepada pengajarannya, mesti terpinga-pinga, "ape lah yang dia ni merepek nieh?" sambil kerut-kerut dahi, dan menggaru kepala yang tidak gatal ^.^,  Ok-ok, saya paham. Ceritanya, secara pendeknya(insyAllah) begini.

Watak utamanya adalah seorang pemuda yang bernama Syamsul Hadi. Dia seorang yang sangat sukakan cabaran dan pintar mathematik (sbb pernah dicabar). Satu hari, dia dicabar oleh seorang seniman jalanan yang dia terjumpa, untuk menjadi seorang seniman tulen, bukan "copy-paste" punya type. Dan dia sahut cabaran tersebut. Menariknya, seniman jalanan ini mengatakan, antara seniman2 yang tulen yang pernah wujud di indonesia itu, bukan lah dari kalangan penyanyi, pelukis mahupun pemain filem dan drama. Malahan seniman tulen yang dimaksudkan adalah seorang pendakwah, ustaz, seorang yang beriman lagi bertaqwa. Dari sini (dipendekkan cerita), Syamsul nekad dan masuk pesantren, bernama Pesantren Al-Furqan, kerana di situ, dia bisa melakukan pembelajaran lompat-lompat kelas (sebab umurnya, tidak lagi begitu muda. Dan jika dia mengikut tahun pengajian biasa, 8 tahun pun tidak cukup untuk menghabiskan semua pengajiannya). Dari situ, dalam masa 5bulan setengah, dia sudah master dalam pembelajaran yang setahun lamanya (seryes pandai si syamsul ni). Tetapi, sebab ada yang dengki kepadanya, dia telah dituduh dan difitnah mencuri, dan dibuang pesantren tanpa diadili dengan bijaksana.
Sejak itu, juga disisihkan keluarga kerana tidak percaya padanya, walaupun kerap kali dia cuba mengatakan bahawasanya, dia bukalah pencuri. Namun, ketika dia lari dari rumah, duitnya kehabisan dan setelah berusaha untuk mendapatkan kerja, dia semakin terdesak dan kelaparan. Dan akhirnya, dia menjadi pencuri yang sebenar. Namun, pada percubaan yang pertama, Allah swt lebih menyayanginya, dia tertangkap, dan dipenjarakan. Di penjara, dia bertemu dengan 2 orang pencuri professional yang memberi tips2 bagus untuk mencuri. Dan, tanpa disedari, dia menjadi pencuri yang professional saat dia keluar dari penjara, kerana keadaan terdesak. Sehinggakan (ok, ceritanya akan dipendekkan lagi), Allah swt lebih menyayanginya, dia diterima untuk mengajar ngaji seorang anak kecil (Della) yang tinggal di kawasan perumahan orang-orang mewah (waktu ini, dia masih lagi mencuri).
Apabila dia ingin solat jamaah bersama, ramai menolaknya ke hadapan untuk dijadikan imam. Di dalam hati dia beristighfar dan berkata:
"Ya rabbi, apakah kau sudi menerima solat hamba-hambaMu yang diimamkan oleh seorang pencuri?"
Tidak berapa lama setelah mengajar Della, Syamsul diajak ayahnya Della berbincang. Dan setelah mendengar perkembangan Della sewaktu mengaji, ayahnya cukup bahagia. Di akhir perbincangan, ayahnya Della menghulurkan wang sebanyak 10 juta rupiah, untuk diamanahkan kepada Syamsul, 5 juta untuk membantu Palestin, dan 5 juta lagi untuk orang-orang yang memerlukan. Si syamsul terkejut dan bagi "warning" siap-siap. "Bapak tak takut jika saya ni, tak amanah dengan wang ini. mungkin saja saya guna duit ini untuk diri saya sendiri."
Tapi, yang sweetnya, pak Heru ni, cakap:
"Sejak awal saya sudah sangat percayakan Ustaz Syamsul. Saya yakin ustaz adalah orang yang baik. Tidak ada tanda-tanda dari wajah ustaz, kalau ustaz ini seorang yang tidak amanah, pencuri atau sejenisnya. Saya melihat wajah ornga yang takut kepada Allah, tidak akan membuat zalim. Kerana itu, saya amanahkan wang ini kepada ustaz"
Dan sejak itu, Syamsul bertekad dan nekad, untuk terus dan berterusan untuk melakukan kebaikan, dan nekad untuk meninggalkan sejarah hitam dalam hidupnya, dan tidak akan mengulangi kesilapannya yang lalu. Ini doanya:
"Ya Allah, semua orang kini menganggapku sebagai orang baik. Engkau Maha Mengetahui bahawa hamba in bukan orang baik. Ya Allah, ampunkanlah hambaMy yang berlumuran dosa ini yaAllah. Hamba ingin benar-benar menjadi orang ya Allah, dan hanya Engkau yang mampu membuat hamba berubah jadi orang baik. Ya Allah, saksikanlah mulai malam ini, hamba bertaubat, hamba bertaubat hamba bertaubat ya Allah. Astaghfirullahal 'azim allazi laillaaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi"
Sejak dari itu, kita boleh lihat bagaimana kehidupan Syamsul menjadi lebih tenang dan bahagia saat dia nekad untuk menjadi hamba Allah swt yang beriman dan bertaqwa... pintu kebahagiannya, dibuka satu persatu...

Jadi, apa yang sebenarnya budak ni nak cakap ni???? dah lah kena baca synopsis yang panjang lebar! ^.^, 
ok2, minta maaf ye... hehhee

sebenarnya, terdapat satu pengajaran yang saya rasa sangat berguna yang diperoleh hasil bacaan novel ini. one word --> NEKAD

Nekad dalam melakukan kebaikan dengan penuh ikhlas (mengharap redha Allah swt).
Nekad untuk berkongsi kebahagiaan, nekad untuk berjaya.
Nekad untuk menghafal Al-Quran dan memahaminya, nekad untuk menimba ilmu/study.
Nekad untuk solat secara khusyuk.
Nekad untuk join bulatan gembira dengan hati yang sangat gembira ^.^,
Nekad untuk boikot barang-barangan zionis & israel, (termasuk McD)
Nekad untuk menabung untuk membantu palestin ^.^
Nekad untuk sentiasa ikhlas.
Nekad dan terus nekad untuk hidup kerana Allah swt semata-mata!

Kalau boleh nekad nak tengok cerita korea sampai 16 episod dalam satu malam, kenapa tak boleh nekad menghafal 16 ayat dalam satu malam?

Kalau boleh nekad untuk download lagu-lagu kpop dan sumbat telinga dengan kpop, kenapa tidak boleh nekad untuk download ayat-ayat cinta Allahs wt, dan sumbat telinga dengan ayat-ayat cinta, menyuci jiwa ^.^,

Kalau boleh nekad nak pegi korea/jepun/US, nak jumpa artis-artis hot dan popular zaman ini, kenapa tidak boleh nekad untuk pergi ke majlis-majlis ilmu untuk berjumpa dengan tok syeikh-tok syeikh / ustaz-ustaz yang super saiya?

Kalau boleh nekad untuk kumpul duit nak beli handphone baru (padahal handphone lama ok je) atau nak beli iPad dan adik beradiknya, kenapa tidak boleh nekad untuk menabung untuk Palestin (yang setiap saat disakiti)?

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh 
kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan 
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. 
Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
Al-ankabut: 69


Dan Allah swt berfirman:
(Yaitu) seorang yg berdosa, tidak akan memikul dosa org lain
(An-Najm :38)
Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yg diusahkannya
(An-Najm :39)
Dan usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)
(An-Najm :40)
Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna
(An-Najm :41)
Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)
(An-Najm :42)

Boleh jadi balasan yang kita peroleh adalah balasan yang paling sempurna itu, adalah balasan yang kita sangat dambakan selama ini, yaitu syurga yang sungguh indah. Namun, sekiranya amalan kita adalah seperti amalan ahli neraka, maka tiada balasan yang paling sempurna selain dari azab api neraka. Nauzubillah...

Jadi, tidak lah rugi sekiranya kita pasang niat kita mulai sekarang, untuk menjadi seorang yang nekad! 

Seorang yang nekad untuk melakukan kebaikan. 
Seorang yang nekad untuk menebarkan kebaikan kepada setiap manusia yang boleh dicapainya. 
Seorang yang nekad berusaha untuk mencapai cinta yang abadi, yaitu cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw. 
Seorang yang nekad untuk sentiasa melakukan yang terbaik dan berbakti kepada kedua ibu bapa, tak kira mereka masih hidup atau tidak. 
Seorang yang nekad untuk meninggalkan perkara-perkara yang boleh membuatkannya lebih hanyut dan jauh dari Allah swt. 
Seorang yang nekad untuk menyampaikan kebaikan kepada orang lain melalui bulatan-bulatan gembira, atau sembang-sembang tentang Allah swt dan Rasulullah saw. 
Dan lain-lain lagi... insyAllah...

akhir kalam. mari kita semua nekad! Ke arah kebaikan ^.^, insyAllah...



♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi