October 23, 2011

iyyalah,untuk kebaikan itu, harus nekad!

Dengan nama Allah swt yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.



even anak kecil ni pun, nekad untuk berjaya. masakan kita enggak bisa? 
(hehe... after effect baca novel bahasa indonesia ^.^)


SubhanAllah, bila tengak balik tarikh terakhir post terbaru di-publish, memang sudah betul-betul bersawang blog kami ini. Minta maaf atas ketidak-istaqamah-an kami dalam berkongsi cahaya-cahaya yang kami rasai. InsyAllah, kami akan berusaha untuk terus beristiqamah dalam memberikan "sweet food for the soul" yang kami rasai dan lalui setiap minggu (insyAllah) dalam bulatan gembira ^.^,

Ok, sebenarnya, hanya sedikit yang ingin dikongsi dalam post kali ini... bukan kedekut ya, cuma insyAllah, akan berusaha untuk menulis post yang lebih panjang lagi jika diizinkan Allah swt ^.^, mohon doakan...  


Beberapa hari yang lalu, tergerak hati untuk menonton karya Habiburrahman El-Shirazy, yang telah diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Dalam Mihrab Cinta. Pernah dengar? atau pernah baca? ya, tidak seperti orang lain, yang membaca novelnya dulu, saya terus menonton movie nya ^.^, Dari situ, tergerak di hati untuk membaca novelnya, kerana yakin mesti ada mutiara-mutiara yang tertinggal yang tidak di-highlight di dalam movie tersebut. Tekaan saya tidak salah...

Jika terus saya lompat kepada pengajarannya, mesti terpinga-pinga, "ape lah yang dia ni merepek nieh?" sambil kerut-kerut dahi, dan menggaru kepala yang tidak gatal ^.^,  Ok-ok, saya paham. Ceritanya, secara pendeknya(insyAllah) begini.

Watak utamanya adalah seorang pemuda yang bernama Syamsul Hadi. Dia seorang yang sangat sukakan cabaran dan pintar mathematik (sbb pernah dicabar). Satu hari, dia dicabar oleh seorang seniman jalanan yang dia terjumpa, untuk menjadi seorang seniman tulen, bukan "copy-paste" punya type. Dan dia sahut cabaran tersebut. Menariknya, seniman jalanan ini mengatakan, antara seniman2 yang tulen yang pernah wujud di indonesia itu, bukan lah dari kalangan penyanyi, pelukis mahupun pemain filem dan drama. Malahan seniman tulen yang dimaksudkan adalah seorang pendakwah, ustaz, seorang yang beriman lagi bertaqwa. Dari sini (dipendekkan cerita), Syamsul nekad dan masuk pesantren, bernama Pesantren Al-Furqan, kerana di situ, dia bisa melakukan pembelajaran lompat-lompat kelas (sebab umurnya, tidak lagi begitu muda. Dan jika dia mengikut tahun pengajian biasa, 8 tahun pun tidak cukup untuk menghabiskan semua pengajiannya). Dari situ, dalam masa 5bulan setengah, dia sudah master dalam pembelajaran yang setahun lamanya (seryes pandai si syamsul ni). Tetapi, sebab ada yang dengki kepadanya, dia telah dituduh dan difitnah mencuri, dan dibuang pesantren tanpa diadili dengan bijaksana.
Sejak itu, juga disisihkan keluarga kerana tidak percaya padanya, walaupun kerap kali dia cuba mengatakan bahawasanya, dia bukalah pencuri. Namun, ketika dia lari dari rumah, duitnya kehabisan dan setelah berusaha untuk mendapatkan kerja, dia semakin terdesak dan kelaparan. Dan akhirnya, dia menjadi pencuri yang sebenar. Namun, pada percubaan yang pertama, Allah swt lebih menyayanginya, dia tertangkap, dan dipenjarakan. Di penjara, dia bertemu dengan 2 orang pencuri professional yang memberi tips2 bagus untuk mencuri. Dan, tanpa disedari, dia menjadi pencuri yang professional saat dia keluar dari penjara, kerana keadaan terdesak. Sehinggakan (ok, ceritanya akan dipendekkan lagi), Allah swt lebih menyayanginya, dia diterima untuk mengajar ngaji seorang anak kecil (Della) yang tinggal di kawasan perumahan orang-orang mewah (waktu ini, dia masih lagi mencuri).
Apabila dia ingin solat jamaah bersama, ramai menolaknya ke hadapan untuk dijadikan imam. Di dalam hati dia beristighfar dan berkata:
"Ya rabbi, apakah kau sudi menerima solat hamba-hambaMu yang diimamkan oleh seorang pencuri?"
Tidak berapa lama setelah mengajar Della, Syamsul diajak ayahnya Della berbincang. Dan setelah mendengar perkembangan Della sewaktu mengaji, ayahnya cukup bahagia. Di akhir perbincangan, ayahnya Della menghulurkan wang sebanyak 10 juta rupiah, untuk diamanahkan kepada Syamsul, 5 juta untuk membantu Palestin, dan 5 juta lagi untuk orang-orang yang memerlukan. Si syamsul terkejut dan bagi "warning" siap-siap. "Bapak tak takut jika saya ni, tak amanah dengan wang ini. mungkin saja saya guna duit ini untuk diri saya sendiri."
Tapi, yang sweetnya, pak Heru ni, cakap:
"Sejak awal saya sudah sangat percayakan Ustaz Syamsul. Saya yakin ustaz adalah orang yang baik. Tidak ada tanda-tanda dari wajah ustaz, kalau ustaz ini seorang yang tidak amanah, pencuri atau sejenisnya. Saya melihat wajah ornga yang takut kepada Allah, tidak akan membuat zalim. Kerana itu, saya amanahkan wang ini kepada ustaz"
Dan sejak itu, Syamsul bertekad dan nekad, untuk terus dan berterusan untuk melakukan kebaikan, dan nekad untuk meninggalkan sejarah hitam dalam hidupnya, dan tidak akan mengulangi kesilapannya yang lalu. Ini doanya:
"Ya Allah, semua orang kini menganggapku sebagai orang baik. Engkau Maha Mengetahui bahawa hamba in bukan orang baik. Ya Allah, ampunkanlah hambaMy yang berlumuran dosa ini yaAllah. Hamba ingin benar-benar menjadi orang ya Allah, dan hanya Engkau yang mampu membuat hamba berubah jadi orang baik. Ya Allah, saksikanlah mulai malam ini, hamba bertaubat, hamba bertaubat hamba bertaubat ya Allah. Astaghfirullahal 'azim allazi laillaaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi"
Sejak dari itu, kita boleh lihat bagaimana kehidupan Syamsul menjadi lebih tenang dan bahagia saat dia nekad untuk menjadi hamba Allah swt yang beriman dan bertaqwa... pintu kebahagiannya, dibuka satu persatu...

Jadi, apa yang sebenarnya budak ni nak cakap ni???? dah lah kena baca synopsis yang panjang lebar! ^.^, 
ok2, minta maaf ye... hehhee

sebenarnya, terdapat satu pengajaran yang saya rasa sangat berguna yang diperoleh hasil bacaan novel ini. one word --> NEKAD

Nekad dalam melakukan kebaikan dengan penuh ikhlas (mengharap redha Allah swt).
Nekad untuk berkongsi kebahagiaan, nekad untuk berjaya.
Nekad untuk menghafal Al-Quran dan memahaminya, nekad untuk menimba ilmu/study.
Nekad untuk solat secara khusyuk.
Nekad untuk join bulatan gembira dengan hati yang sangat gembira ^.^,
Nekad untuk boikot barang-barangan zionis & israel, (termasuk McD)
Nekad untuk menabung untuk membantu palestin ^.^
Nekad untuk sentiasa ikhlas.
Nekad dan terus nekad untuk hidup kerana Allah swt semata-mata!

Kalau boleh nekad nak tengok cerita korea sampai 16 episod dalam satu malam, kenapa tak boleh nekad menghafal 16 ayat dalam satu malam?

Kalau boleh nekad untuk download lagu-lagu kpop dan sumbat telinga dengan kpop, kenapa tidak boleh nekad untuk download ayat-ayat cinta Allahs wt, dan sumbat telinga dengan ayat-ayat cinta, menyuci jiwa ^.^,

Kalau boleh nekad nak pegi korea/jepun/US, nak jumpa artis-artis hot dan popular zaman ini, kenapa tidak boleh nekad untuk pergi ke majlis-majlis ilmu untuk berjumpa dengan tok syeikh-tok syeikh / ustaz-ustaz yang super saiya?

Kalau boleh nekad untuk kumpul duit nak beli handphone baru (padahal handphone lama ok je) atau nak beli iPad dan adik beradiknya, kenapa tidak boleh nekad untuk menabung untuk Palestin (yang setiap saat disakiti)?

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh 
kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan 
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. 
Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
Al-ankabut: 69


Dan Allah swt berfirman:
(Yaitu) seorang yg berdosa, tidak akan memikul dosa org lain
(An-Najm :38)
Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yg diusahkannya
(An-Najm :39)
Dan usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)
(An-Najm :40)
Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna
(An-Najm :41)
Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)
(An-Najm :42)

Boleh jadi balasan yang kita peroleh adalah balasan yang paling sempurna itu, adalah balasan yang kita sangat dambakan selama ini, yaitu syurga yang sungguh indah. Namun, sekiranya amalan kita adalah seperti amalan ahli neraka, maka tiada balasan yang paling sempurna selain dari azab api neraka. Nauzubillah...

Jadi, tidak lah rugi sekiranya kita pasang niat kita mulai sekarang, untuk menjadi seorang yang nekad! 

Seorang yang nekad untuk melakukan kebaikan. 
Seorang yang nekad untuk menebarkan kebaikan kepada setiap manusia yang boleh dicapainya. 
Seorang yang nekad berusaha untuk mencapai cinta yang abadi, yaitu cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw. 
Seorang yang nekad untuk sentiasa melakukan yang terbaik dan berbakti kepada kedua ibu bapa, tak kira mereka masih hidup atau tidak. 
Seorang yang nekad untuk meninggalkan perkara-perkara yang boleh membuatkannya lebih hanyut dan jauh dari Allah swt. 
Seorang yang nekad untuk menyampaikan kebaikan kepada orang lain melalui bulatan-bulatan gembira, atau sembang-sembang tentang Allah swt dan Rasulullah saw. 
Dan lain-lain lagi... insyAllah...

akhir kalam. mari kita semua nekad! Ke arah kebaikan ^.^, insyAllah...



♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi