August 29, 2010

Islam versus Jahiliyah Part1

Bismillah, dengan nama Allah...
"Ya, saya orang Islam. Saya solat jugak."
Ini jawapan biasa yang kita dengar dari kebanyakan munusia sekarang. Persoalannya:
"But, why u still do anything you like and you want though it isn't allow in Islam?"
Golongan ini mungkin menjawab,
"Hmmm, I just do it. Just do it! Nanti dah betul-betul insaf barulah bertaubat."
Islam dan jahiliyah adalah dua benda yang sangat bertentangan. Semua ideologi, cara hidup, hiburan, fenomena dan segala aspek kehidupan yang bukan Islamik, yang tidak dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah termasuk dalam jahiliyah.

So, apabila seseorang itu sudah bersyahadah:
"Aku bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah"
Sedarlah, bahawa anda sudah terikat dengan Allah. Anda sudah menyerah diri kepada Allah. Anda sudah terikat untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Anda tidak ada hak untuk mempersoalkan itu dan ini secara berlebih-lebihan. Boleh bertanya untuk tujuan kefahaman dalam beribadah kepada Allah S.W.T. bukan untuk mempertikaikan itu dan ini.

Sedarlah, anda sekarang adalah hamba kepada Robb seluruh alam. Selamanya kita ini hamba, tiada lebihnya kita daripada orang lain melainkan ketaqwaan kita.

Sedarlah, kita juga adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Allah telah pilih kita sebagai khalifah kerana kita sebaik-baik kejadian. Maka, saling menolonglah dan membantu hamba-hamba Allah yang lain untuk menggapai reda dan kasih sayang Allah.

Jahiliyah, terdapat 3 pengertian jahiliyah:
  1. Bodoh; tiada ilmu
  2. Memahami sesuatu secara salah; hanya menggunakan akal fikiran dan perasaan
  3. Melaksanakan sesuatu bukan pada tempatnya; contoh-rujukan utama bagi kita untuk menyelsaikan masalah ialah Al-Quran dan Hadis; tapi ada sesetengah golongan yg mengaku sbg Islam hanya nak guna either hadis shj ataupun al-Quran shj

Ciri-ciri Jahilyah Tulin (al-Mahdhah)
  • Keseluruhan sistem alam ini wujud dengan sendiri- everything is natural.
  • Alam semesta ini tidak bertuan. It's just happen naturally.
  • Manusia adal sejenis haiwan; ada kuasa untuk menggubal undang-undang (tak payah pakai Al-Quran dan hadis) untuk kepentinagan diri sendiri.
  • Jika manusia memerlukan petunjuk; manusia hendaklah merujuk undang-undang haiwan + alam semulajadi + pengalaman hidup.
"Haish, apa punya kelirulah..."

Jahiliyah ini asalnya dari Iblis laknatullah!
Dalam Surah al-Baqarah ayat 30, Allah dan perintahkan semua malaikat supaya sujud pada Adam a.s. Semua taat kecuali Iblis. Iblis ne rasa dia lagi power dari Adam sebab dia dari api, Adam a.s. dari tanah sahaja. Tengoklah.. betapa jahilnya Iblis ne! Dia tidak sedar kedudukan dia sebagai hamba Allah Yang Maha Besar with Greatest Power. Siapa diri dia, dia tak sedar. Dia tak sedar yang dia tue sama sahaja dengan malaikat-malaikat yang lain. Semua Allah S.W.T. yang cipta. Iblis telah bersumpah kepada Allah yang dia akan tarik ramai-ramai keturunan Adam untuk join dia masuk neraka! So, jahilyah yang ada dalam kehidupan kita sekarang semuanya dari Iblis laknatullah dan sekutu-sekutunya dibantu dengan nafsu yang dah disemai dan disuburkan dalam diri kita.

Kenapa ya, fenomena jahilyah ne tak berakhir lagi? Sampai bila eh?
Sampai kiamat pun takkan berakhir selagi Kalimah Toyyibah untuk tak digenggam erat oleh semua umat manusia.



♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

3 comments:

  1. Allah berfirman: Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah (penguasa di bumi), maka berilah keputusan (perkara di antara manusia) dengan adil dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu, kerana akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sungguh orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan. [Surah Sad, 38:26]

    ReplyDelete
  2. bestnye...
    rugi sy x dpt ikut mlm tu..
    huhu...
    rasanya saya tak mampu lagi nk buat blogpost mcm ni...
    mintak maaf ye akak2 sekalian...

    ReplyDelete
  3. nadiah sayang, ini suma isi-isi drpd pengisian katibah khandak.. you can! we believe in u! start skit2 dulu :)

    ReplyDelete

Tetamu memula bicara: