August 23, 2010

Tombo Ati?

♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

Anda dengar nasyid yang didendangkan di blog ini? Tenang bukan? Tetapi ingat, ketenangan juga datangnya dari hati. Maka, adakah hati kita sudah bersih?

Benarlah sabda baginda nabi SAW.

Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik ia, maka baiklah seluruh anggota. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. ketahuilah ia adalah hati.


Jadi bagaimana ingin menjaga hati? Susah laaa... dah la tak nampak, bukannye boleh amik sabun cuci dan berus untuk basuh sampai bersih. Bukannye boleh amik bleach, pastu tuang sampai putih...

Tapi, sekiranya, Allah swt yg kurniakan hati kepada kita, mesti ada cara untuk menjaganya bukan?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.




haaa... ini jawapannya. bukan hanya ada satu, atau dua cara untuk membersihkan hati, tapi LIMA! Yang insyAllah, semua dari kita boleh melakukannya.

Begitu juga bagi seorang daie... ha? Ape itu daie?

Perlu ditekankan, semua manusia yang melafazkan kalimah syahadah adalah daie,bukan hanya tertakluk kepada yang bergelar ustaz. Seorang daie yang beriman, akan mempunyai keajaiban yang memancar dari dirinya. Terutama sekali dari segi perbuatan dan juga amalan.

Apabila seorang daie yang beriman berkhutbah mahupun berbicara, akan terlihat pancaran iman dari binar-binar matanya. Raut muka yang ikhlas, jujur dalan kelembutan suara dan juga mempunyai usaha yang mampu mengetuk hati dan menerangi kegelapan jiwa.

Hal ini diibaratkan seperti air bersih yang dingin untuk menghilangkan rasa dahaga. dan seperti cahaya yang menerangi seluruh penjuru.

Dari segi amalan dan tingkah lakunya, seorang daie yang beriman akan berusaha untuk membimbing manusia ke jalan yang benar supaya merek ajuga akan dikategorikan sebagai seorang daie yang beriman. Hidayah yang diperoleh berupaya untuk membantu manusia mendapat petunjuk, Peringatannya dapan menjadikan orang yang sesat kepada orang yang sedar dan orang yang membuat maksiat menjadi taubat...

Nasihat seorang daie juga akan membimbing hati manusia menjadi lunak dan mata untuk menitiskan air mata. Tidak lupa juga dakwah yang dilakukan oleh daie akan membuat manusia terbuka hati dan menyambut seruannya..

Wah... banyaknye ciri2 daie! mcm susah je...

oleh kerana itu, bermulalah segala-galanya, dari hati... ubatilah hati anda, renovatelah hati anda dan bersihkanlah hati anda... insyAllah... anda bisa menjadi daie beriman! :)

No comments:

Post a Comment

Tetamu memula bicara: