November 2, 2011

kat luar ke...kat dalam?




Assalamualaikum wrm wbt,

semoga semua yang membaca post kali ini, dikurniakan Allah swt sebuah jannah yang tersergam indah di akhirat kelak. InsyAllah.

(izinkan saya bertutur dengan bahasa santai ye ^.^)

kalau kita lihat, memang ramai yang suka perkara-perkara yang cantik (yg perempuan selalu ckp yg cute2 ^.^). Muka yang cantik, tak nak yang jerawat-jerawat, apatah lagi yang hitam. Mesti nak yang putih gebu. Even lelaki pun sudah ada produk pencuci muka yang khas untuk mereka~.
Ramai juga yang mengimpikan body yang cantik, kalau boleh, yang slim-slim, yang berat badan below 50kg. Atau untuk lelaki, nak six pack punya body dan tangan berketak-ketak hehe... betul tak? betul tak?

Namun, berapa banyak dari kita yang sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah swt telah berikan kepada kita. Sudahkah kita bisa confirm-kan yang kita sudah dikategorikan dalam golongan orang-orang yang bersyukur? apatah lagi bertakwa? adakah wajah kita seindah hati kita? atau adakah peribadi kita secantik rupa paras kita? tidak semestinya bukan?

Namun, kadang kala, apa yang sentiasa dilihat, tidak seperti yang disangka. Oleh sebab itu, Allah swt mengajar kita untuk tidak bersangka buruk atau bersangka dengan sangkaan yang bukan-bukan terhadap orang lain:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah (al-Hujurat, ayat 12)

As a famous quote said: Naver judga a book by its cover.

Dan ini adalah benar. Kenapa Rasulullah saw sangat menyayangkan para sahabat, yang kadang kala, rupa parasnya tidaklah seberapa?

[kredit]


Ini adalah kerana, Rasulullah saw tidak pernah melihat akan luaran sahabat tersebut. Baginda melihat pada hati yang bersih yang para sahabat miliki. Oleh kerana mereka dicintai oleh Allah swt, Rasulullah saw juga mencintai mereka, seluruh penduduk langit mencintai mereka, dan seluruh penduduk bumi juga mencintai mereka.

Mari kita duduk sebentar dan mendengar sebuah cerita yang cukup sweet~ ^.^, :

Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuat. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.

Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!”
(Musnad Ahmad)

Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

Cerita ini boleh dibaca juga di sini. ^.^,
Semoga kita juga menjadi seorang hamba Allah swt yang cantik dan indah, pada luaran, apatah lagi dalaman & hati kita. Semoga kita juga menjadi salah seorang hamba Allah swt yang tersenarai di dalam senarai hamba-hamba Allah swt yang bertaqwa, dan sentiasa bersyukur. InysAllah...


♥♥♥♥♥mengejar cahaya Ilahi

2 comments:

Tetamu memula bicara: